Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


HARI “KLIK DENGAN BIJAK”

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Acara bermula dengan menunjukan slide-slide dan video berkaitan Klik Dengan Bijak. Selepas itu diteruskan pula dengan aktiviti menjawab kuiz yang berkaitan KDB dan acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada adik-adik yang menang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOLAJ SEMPENA DEEPAVALI

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2017

Aktiviti ini dimulakan dengan mengedarkan kertas warna dan kertas kolaj kosong kepada para peserta. Pertandingan berlangsung selama 1 jam 30 minit. Setelah selesai, adik aidk dijamu dengan jamuan ringan....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

EKSPRESI MAAL HIJRAH SEMPENA MAAL HIJRAH

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Aktiviti ini dimulakan dengan acara mewarna dan melukis menggunakan Microsoft excel dan Microsoft power point. Selepas selesai acara mewarna, aktiviti diteruskan dengan aktiviti menjawab kuiz berkenaan Maal Hijrah.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA DAN KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2017

Aktiviti ini dimulakan dengan pertandingan mewarna oleh adik adik yang berumur 7 tahun hingga 14 tahun. Pihak pi1m menyediakan alatan mewarna. Selepas selesai acara mewarna, aktiviti diteruskan dengan aktiviti menjawab kuiz kemerdekaan yang disertai oleh adik adik berumur dari 9 tahun sehingga 14 tahun....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN RINGAN HARI RAYA AIDILFITRI PI1M BERSAMA MIV

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017

Jamuan ini melibatkan kerjasama dengan ahli MIV dari Pi1M Ampang dan disertai oleh penduduk berdekatan. Antara aktiviti adalah Jamuan hari raya, sesi duit raya bertuah dan sesi bergambar....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN “SELAMAT HARI RAYA”

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

Pertandingan diadakan bersempena dengan hari perayaan yang bakal tiba disamping dapat melihat tahap kecekapan mereka menggunakan applikasi paint....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Ampang

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Hari Terbuka ini memberi pendedahan kepada penduduk sekitar PI1M tentang perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan staff PI1M....baca selanjutnya

PERMAINAN TRADISIONAL & KLIK DENGAN BIJAK (ONLINE GROOMING & TEKNOLOGI DAN ANDA)

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bersaing secara sihat diantara satu sama lain disamping dapat meningkatkan tahap kecekapan dalam mengawal permainan disamping dapat menyampaikan pesanan klik dengan bijak berkenaan online grooming....baca selanjutnya

Kelas - kelas Asas ICT

Aktiviti Terkini | 04 - 12 Mac 2017

Kelas Asas ICT diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk mempelajari tentang ICT. Semasa kelas dijalankan, mereka...baca selanjutnya

Pertandingan Artwork Menggunakan Microsoft Excel

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bersaing secara sihat diantara satu sama lain disamping dapat meningkatkan tahap kecekapan dalam menggunakna Microsoft excel disamping dapat menjadikan mereka lebih kreatif dalam menggunakan Microsoft excel....baca selanjutnya

Kelas - kelas Asas ICT

Aktiviti Terkini | 5 - 18 Februari 2017

Kelas Asas ICT diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk mempelajari tentang ICT. Semasa kelas dijalankan, mereka...baca selanjutnya

CERAMAH "KLIK DENGAN BIJAK " (PERTANDINGAN PUZZLE DAN WORDSEARCH)

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bersaing secara sihat diantara satu sama lain disamping dapat meningkatkan tahap kecekapan mereka menyelesaikan tugasan yang diberi dan tahap pemikiran mereka....baca selanjutnya

PAINT : MENCIPTA KAD RAYA CINA & ANIMASI : PENGENALAN PRINTER 3D

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2017

Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan paint dan kreativiti adik-adik menghasilkan kad raya cina yang menarik dan memperkenalkan kegunaan printer 3D....baca selanjutnya

POWERPOINT : MEMBUAT SLIDE PERALATAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft powerpoint dan daya kreatif adik-adik dalam menhasilkan sebuah slide yang menarik....baca selanjutnya

MICROSOFT WORD : TYPING LIRIK LAGU PATRIOTIK

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2017

Kelas ICT ini adalah untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan dan untuk membantu kecekapan mereka menaip dan mengingati lagu-lagu patriotik. ...baca selanjutnya

MICROSOFT WORD : CARA PENGGUNAAN KOMPUTER YANG BETUL

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2017

Kelas ICT ini diadakan adalah untuk membantu mereka lebih mengetahui cara penggunaan komputer yang betul...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti